Thursday, February 5, 2009

hyat & afaiza 6

Sebenarnya jika diingat kembali... perjalanan hidup mereka umpama cerita telenovela venezuela yang wujudnya insan bernama manusia yang begitu kejam... sehingga tak tercapai akal akan kekejaman dan kebusukan hatinya... dulu diri selalu menyangka akan sentiasa berada di sekeliling insan-insan yang baik... berhati mulia... namun kewujudan manusia afaiza ini sesungguhnya menunjukkan bahawa kekejaman yang selama ini dilihat di dalam kaca televisyen itu adalah realiti kehidupan hanya aku belum menghadapinya sahaja... kini segala realiti itu terhidang di depan mata... saban hari menghitung detik bilakah kekejaman ini akan berakhir dan bilakah balasan Allah akan menimpa manusia bernama Afaiza ini... biarpun kekejaman yang dilakukan bukan secara langsung terhadap diri ini... namun cara Afaiza yang sentiasa cuba menyakiti hati keluarga amat memedihkan... Doaku...semoga adikku Hyat dan keluarga ku terutama mak dan abah sabar menghadapi dugaan ini dan semoga Afaiza membuka mata dan sedar... biar bagaimana hebat fitnah dan penipuan boleh dilakukannya di dunia ini... Hari Kiamat itu nyata dan benar... dan di sana nanti pembalasan sebenar-benarnya... ingatlah... segala janji Allah itu benar...

mungkin ada yang tertanya-tanya... apa aku merepek nie... tapi sebenarnya keluarga baru sahaja dikejutkan dengan afidavit terbaru yang difailkan secara bersumpah oleh Afaiza ke mahkamah syariah yang mengandungi 1001 penipuan dan fitnah di dalamnya... Sesungguhnya aku turut menjadi saksi beberapa kejadian yang dimasukkan ke dalam afidavit tersebut... dan ternyata setiap kejadian yang berlaku telah diolah semula dengan penipuan dan fitnah bagi menunjukkan bahawa hyat adalah pihak yang bersalah... malah terbaru Afaiza sanggup menuduh isterinya menjadi perempuan simpanan dan berzina sepanjang tempoh perkahwinan mereka... malah setiap ahli keluarga kami menerima sms berunsur fitnah dengan ayat yang amat menjijikkan kepada kami ... namun yang menghairankan biarpun berkali2 mengugut ... menghina dan segala macam perlakuan dilakukan bagi menyakiti hati kami... di dalam afidavitnya... dia terus menegaskan bahawa dia adalah seorang yang sentiasa berpegang kepada agama... malah turut mengecam keluarga kami sebagai tidak mengamalkan ajaran Islam...

Cuba kalian bayangkan... jika seorang yang sanggup menghantar sms dan memaki hamun ibu bapa mertua serta ipar duainya... sekuat manakah pegangan agama orang itu... biar aku turunkan beberapa sms yang aku sendiri terima dari Afaiza.. ini yang aku terima... malah mak dan abah menerima sms yang lebih dahsyat lagi bunyinya...

"Salam, hoi setan yang paling bodoh. Ko suruh Jab. Kebajikan Masyarakat dtg umah aku kt KL buat apa? ko bgtau jab kebajikan tu pegi umah mak bapak ko yg bodoh 2 X 5 dgn ko tu sbb diorg tu x cukup mentedarah lg asyik dok peras ugut bini aku je " ini adalah sms yang aku terima pada 13.07.2008 setelah afaiza membawa dan menyembunyikan hyat dari keluarga ke rumah keluarganya di pantai timur sehinga kami sekeluarga tidak dapat menghubungi hyat dan menimbulkan kebimbangan di kalangan ahli keluarga... laporan aku buat ke JKM adalah bagi mereka menyiasat tentang keadaan hyat waktu itu kerana tidak dapat menghubunginya sendiri...

"Salam, mak bapak aku pun x tahu adik ko kat mana. sbb bapak ko x nak cakap. hai... mcm hantu setan pulak korang ni main sorok2... yg korang takut sgt kt aku ni apasal?memang manusia x guna, hak aku korang nk ambik... korg kena ingat, aku akn tuntut hak aku hingga hari akhirat, Wallahualam." Ini sms yang aku terima pada 24.06.2008 semasa hyat keluar rumah kerana tidak tahan dengan penderaan mental yang diterimanya... hakikatnya hyat keluar rumah tanpa memberitahu kami semua kecuali seorang adikku yang diminta membantunya pada hari tersebut dan beliau berlindung di rumah abangku di dalam tempoh itu...memang abah ada melawat hyat dan seterusnya berbincang dengan bapa afaiza mengenai krisis yang melanda rumahtangga mereka... namun demi keselamatan hyat semua itu dirahsiakan demi keselamatan hyat... Afaiza telah menghubungi aku dan memaki hamun kerana aku menyatakan tidak tahu di mana hyat berada... sms ini kemudiannya di hantar kerana tidak berpuas hati kerana aku mematikan talian...

itulah dua sms yang kandungannya sanggup aku kongsikan disini.. aku pasti tiada pembaca sanggup membaca ayat2 jijik seterusnya yang dihantar kepada kami sekeluarga.. aku juga mempunyai rasa malu untuk mengulang baca apa yang dilemparkan kepada kami sekeluarga itu... biarpun fitnah semata tetapi ayatnya sungguh menjijikkan sehingga tidak sanggup dibaca kali kedua... Namun semuaya aku simpan... semoga dapat digunakan di mahkamah sebagai bukti...

Thursday, January 8, 2009

Afaiza mendakwa apa yang dilakukan adalah mengikut cara Luqmanul Hakim... Kakak yang mendengar serasa ingin menempelak... menjerit dan menampar mulut kurang ajar itu... Apakah seorang itu layak mengatakan dirinya mengikut sunnah dan ajaran Rasulullah saw dan ulama terbilang sedangkan dirinya sendiri berani menengking ibu bapa serta tiada rasa hormat terhadap orang tua... Mujurlah bapa Hyat menghalang kakak dari bersuara... jika tidak... mungkin pertumpahan darah boleh berlaku di situ...Melihat ketegangan dan keadaan Afaiza yang seperti orang hilang akal... ibunya mencelah agar keadaan reda... Malah si iubu sambil menangis berkata ..."Mad... kau nak jadi anak derhaka ke Mad!!!" "Mengucap Mad!!" berulang-ulang kali...Akhirnya... Afaiza dapat dipujuk supaya tidak membawa anaknya keluar rumah dan mereka masuk ke bilik bagi membolehkan ibunya memujuk... Bapa Afaiza hanya mampu menggeleng kepala melihat kebiadapan anaknya itu... dalam nada rendah beliau mengaku Afaiza memang seorang yang tidak boleh ditegur dan dibentuk oleh sesiapa pun dan hanya mengikut kata hatinya sendiri sahaja.

Thursday, January 1, 2009

hyat & Afaiza 4

Habis berpantang di Selatan.. Hyat diminta ke Kg Suami di Pantai Timur untuk kenduri akikah anaknya... Walaupun keberatan... keluarga terpaksa membenarkan Hyat pergi ke Pantai Timur sendirian membawa anak kecil... Alhamdulillah ibu bapa mertua membelikan tiket kapal terbang untuk ke sana...

Dua hari di Pantai Timur... keluarga menerima panggilan daripada Hyat meminta supaya dia diambil dari rumah mertuanya kerana beliau telah dipukul oleh suami. Bergegas bapa dan adik dari selatan singgah di Seremban mengambil kakak lalu terus menuju ke Pantai Timur sebaik menerima berita tersebut... Perjalanan dari seremban selepas Maghrib dan tiba di rumah mertua Hyat sekitar jam 5.30 pagi... Azan berkumandang di Masjid sebaik kaki melangkah masuk ke rumah tersebut... Hyat menunggu dengan mata yang bengkak dek tangisan seharian... serta bekas lebam biru masih ketara di kedua-dua belah rahang Hyat kesan cengkaman Afaiza semalamnya... Dalam tangisan Hyat menceritakan punca kejadian hanyalah kerana keengganannya memberi Air suam kepada Eluq ketika bayi tersebut menangis sewaktu terjaga malam untuk menyusu... Mengucap panjang bapa mendengar cerita tersebut... Ketika keluarga sampai Afaiza tiada dirumah... malah terpaksa juga menunggu lama sebelum ibu bapa mertua Hyat muncul menyambut kedatangan keluarga Hyat... sedang elok berbincang tentang hal tersebut... Afaiza balik dan terus mengambil anaknya yang sedang diletakkan di ruang tamu ... Kemudian dia terus masuk ke bilik dan keluar semula bersama kelengkapan untuk bayi tersebut... Melihat keadaan tersebut... ibu bapanya mula bertanya apa tujuan dia berbuat begitu... jawabnya... dia tak kisah Hyat hendak keluar dari rumah itu... tetapi jangan harap dapat membawa anak bersama-sama... Bapanya cuba menenangkan keadaan dan meminta Afaiza bersabar... malah Bapa Hyat juga dengan lembut meminta keadaan diselesaikan secara baik... Namun Afaiza menjawab kata-kata bapa serta mertua dengan herdikan yang amat mengejutkan semua yang hadir di subuh hening itu... Dengan angkuhnya Afaiza menyatakan kedua-dua ibu bapa dan mertua telah gagal mendidik anak-anak mereka selama ini... maka kini beliau akan mendidik anak dan isterinya mengikut Sunnah Rasulullah...

hyat & afaiza 3

... Seketika redalah bahang rumah tangga mereka di kalangan keluarga... semua berlagak biasa macam tiada apa yang berlaku... dan tiada di antara adik beradik atau ibu bapa yang mengungkit atau memanjangkan cerita yang berlaku... Hyat dan Afaiza pulang juga ke Selatan pada Hari Raya Haji tersebut dan disambut mesra ahli keluarga bagai tiada perkara buruk berlaku...

Selang beberapa hari kemudian Hyat selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Mujurlah sempat balik ke KL sebelum bersalin... kalau tak... tak dapat dibayangkan bagaimana keadaannya sekiranya terpaksa bersalin di Selatan tanpa persediaan untuk bayi. Pasti ramai yang terfikir... macammana boleh mampu bersalin di hospital swasta sekiranya tidak bekerja ... takpe... PAMA sponsor... itulah tuahnya anak orang kaya...

Selepas selamat bersalin... Hyat menghabiskan pantang di Selatan... Afaiza pula mula sibuk berkempen menjelang pilihanraya Mac 2008... membantu seorang wakil parti pembangkang di Negerinya di Pantai Timur yang akhirnya kalah teruk... Pada masa ini keluarga hanya mampu menyaksikan Hyat terpaksa melalui segalanya seorang diri tanpa seorang suami sebagai penyokong di saat diri amat memerlukan... malah sesen pun tidak dicampakkan kepada Ibu Bapa yang terpaksa menyara Hyat dan bayinya sepanjang tempoh berpantang tersebut... malah susu untuk anak tersebut juga terpaksa dibelikan oleh datuknya.. Sudah pasti Afaiza boleh berlepas tangan kerana semua keperluan boleh ditanggung oleh Ibu bapanya dan Ibu Bapa Hyat sendiri... tiada apa perlu dirisaukan... Afaiza hanya pulang ke Selatan untuk kenduri potong jambul anaknya (eluq). Namun pada hari majlis berlangsung keluarga terpaksa menjadi pemerhati kepada satu kejadian yang menyayat hati... Sewaktu Eluq sedang disiapkan untuk majlis tersebut... dia mula menangis... maka datanglah Afaiza cuba mengambil bayi tersebut dari tangan Hyat... dengan tidak semena-mena Eluq muntah ke atas pakaian Afaiza... Tanpa rasa belas Afaiza bukan cuba membersihkan atau memujuk anaknya tetapi dengan lagak angkuhnya berkata "padan muka" kepada bayi yang belum mengerti apa-apa itu... Terfana ahli keluarga yang menyaksikan kejadian tersebut... Inikah seorang ayah... Akhirnya majlis berlangsung dengan Afaiza hanya tidur di bilik dengan alasan kononnya demam... Semua ahli keluarga terpaksa berdiam diri bagi mengelakkan perkara menjadi lebih keruh... juga bimbang sekiranya ada yang campur tangan hyat dan anaknya akan menerima akibat yang lebih buruk.