Thursday, January 1, 2009

hyat & Afaiza 4

Habis berpantang di Selatan.. Hyat diminta ke Kg Suami di Pantai Timur untuk kenduri akikah anaknya... Walaupun keberatan... keluarga terpaksa membenarkan Hyat pergi ke Pantai Timur sendirian membawa anak kecil... Alhamdulillah ibu bapa mertua membelikan tiket kapal terbang untuk ke sana...

Dua hari di Pantai Timur... keluarga menerima panggilan daripada Hyat meminta supaya dia diambil dari rumah mertuanya kerana beliau telah dipukul oleh suami. Bergegas bapa dan adik dari selatan singgah di Seremban mengambil kakak lalu terus menuju ke Pantai Timur sebaik menerima berita tersebut... Perjalanan dari seremban selepas Maghrib dan tiba di rumah mertua Hyat sekitar jam 5.30 pagi... Azan berkumandang di Masjid sebaik kaki melangkah masuk ke rumah tersebut... Hyat menunggu dengan mata yang bengkak dek tangisan seharian... serta bekas lebam biru masih ketara di kedua-dua belah rahang Hyat kesan cengkaman Afaiza semalamnya... Dalam tangisan Hyat menceritakan punca kejadian hanyalah kerana keengganannya memberi Air suam kepada Eluq ketika bayi tersebut menangis sewaktu terjaga malam untuk menyusu... Mengucap panjang bapa mendengar cerita tersebut... Ketika keluarga sampai Afaiza tiada dirumah... malah terpaksa juga menunggu lama sebelum ibu bapa mertua Hyat muncul menyambut kedatangan keluarga Hyat... sedang elok berbincang tentang hal tersebut... Afaiza balik dan terus mengambil anaknya yang sedang diletakkan di ruang tamu ... Kemudian dia terus masuk ke bilik dan keluar semula bersama kelengkapan untuk bayi tersebut... Melihat keadaan tersebut... ibu bapanya mula bertanya apa tujuan dia berbuat begitu... jawabnya... dia tak kisah Hyat hendak keluar dari rumah itu... tetapi jangan harap dapat membawa anak bersama-sama... Bapanya cuba menenangkan keadaan dan meminta Afaiza bersabar... malah Bapa Hyat juga dengan lembut meminta keadaan diselesaikan secara baik... Namun Afaiza menjawab kata-kata bapa serta mertua dengan herdikan yang amat mengejutkan semua yang hadir di subuh hening itu... Dengan angkuhnya Afaiza menyatakan kedua-dua ibu bapa dan mertua telah gagal mendidik anak-anak mereka selama ini... maka kini beliau akan mendidik anak dan isterinya mengikut Sunnah Rasulullah...

No comments:

Post a Comment