Thursday, January 8, 2009

Afaiza mendakwa apa yang dilakukan adalah mengikut cara Luqmanul Hakim... Kakak yang mendengar serasa ingin menempelak... menjerit dan menampar mulut kurang ajar itu... Apakah seorang itu layak mengatakan dirinya mengikut sunnah dan ajaran Rasulullah saw dan ulama terbilang sedangkan dirinya sendiri berani menengking ibu bapa serta tiada rasa hormat terhadap orang tua... Mujurlah bapa Hyat menghalang kakak dari bersuara... jika tidak... mungkin pertumpahan darah boleh berlaku di situ...Melihat ketegangan dan keadaan Afaiza yang seperti orang hilang akal... ibunya mencelah agar keadaan reda... Malah si iubu sambil menangis berkata ..."Mad... kau nak jadi anak derhaka ke Mad!!!" "Mengucap Mad!!" berulang-ulang kali...Akhirnya... Afaiza dapat dipujuk supaya tidak membawa anaknya keluar rumah dan mereka masuk ke bilik bagi membolehkan ibunya memujuk... Bapa Afaiza hanya mampu menggeleng kepala melihat kebiadapan anaknya itu... dalam nada rendah beliau mengaku Afaiza memang seorang yang tidak boleh ditegur dan dibentuk oleh sesiapa pun dan hanya mengikut kata hatinya sendiri sahaja.

Thursday, January 1, 2009

hyat & Afaiza 4

Habis berpantang di Selatan.. Hyat diminta ke Kg Suami di Pantai Timur untuk kenduri akikah anaknya... Walaupun keberatan... keluarga terpaksa membenarkan Hyat pergi ke Pantai Timur sendirian membawa anak kecil... Alhamdulillah ibu bapa mertua membelikan tiket kapal terbang untuk ke sana...

Dua hari di Pantai Timur... keluarga menerima panggilan daripada Hyat meminta supaya dia diambil dari rumah mertuanya kerana beliau telah dipukul oleh suami. Bergegas bapa dan adik dari selatan singgah di Seremban mengambil kakak lalu terus menuju ke Pantai Timur sebaik menerima berita tersebut... Perjalanan dari seremban selepas Maghrib dan tiba di rumah mertua Hyat sekitar jam 5.30 pagi... Azan berkumandang di Masjid sebaik kaki melangkah masuk ke rumah tersebut... Hyat menunggu dengan mata yang bengkak dek tangisan seharian... serta bekas lebam biru masih ketara di kedua-dua belah rahang Hyat kesan cengkaman Afaiza semalamnya... Dalam tangisan Hyat menceritakan punca kejadian hanyalah kerana keengganannya memberi Air suam kepada Eluq ketika bayi tersebut menangis sewaktu terjaga malam untuk menyusu... Mengucap panjang bapa mendengar cerita tersebut... Ketika keluarga sampai Afaiza tiada dirumah... malah terpaksa juga menunggu lama sebelum ibu bapa mertua Hyat muncul menyambut kedatangan keluarga Hyat... sedang elok berbincang tentang hal tersebut... Afaiza balik dan terus mengambil anaknya yang sedang diletakkan di ruang tamu ... Kemudian dia terus masuk ke bilik dan keluar semula bersama kelengkapan untuk bayi tersebut... Melihat keadaan tersebut... ibu bapanya mula bertanya apa tujuan dia berbuat begitu... jawabnya... dia tak kisah Hyat hendak keluar dari rumah itu... tetapi jangan harap dapat membawa anak bersama-sama... Bapanya cuba menenangkan keadaan dan meminta Afaiza bersabar... malah Bapa Hyat juga dengan lembut meminta keadaan diselesaikan secara baik... Namun Afaiza menjawab kata-kata bapa serta mertua dengan herdikan yang amat mengejutkan semua yang hadir di subuh hening itu... Dengan angkuhnya Afaiza menyatakan kedua-dua ibu bapa dan mertua telah gagal mendidik anak-anak mereka selama ini... maka kini beliau akan mendidik anak dan isterinya mengikut Sunnah Rasulullah...

hyat & afaiza 3

... Seketika redalah bahang rumah tangga mereka di kalangan keluarga... semua berlagak biasa macam tiada apa yang berlaku... dan tiada di antara adik beradik atau ibu bapa yang mengungkit atau memanjangkan cerita yang berlaku... Hyat dan Afaiza pulang juga ke Selatan pada Hari Raya Haji tersebut dan disambut mesra ahli keluarga bagai tiada perkara buruk berlaku...

Selang beberapa hari kemudian Hyat selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Mujurlah sempat balik ke KL sebelum bersalin... kalau tak... tak dapat dibayangkan bagaimana keadaannya sekiranya terpaksa bersalin di Selatan tanpa persediaan untuk bayi. Pasti ramai yang terfikir... macammana boleh mampu bersalin di hospital swasta sekiranya tidak bekerja ... takpe... PAMA sponsor... itulah tuahnya anak orang kaya...

Selepas selamat bersalin... Hyat menghabiskan pantang di Selatan... Afaiza pula mula sibuk berkempen menjelang pilihanraya Mac 2008... membantu seorang wakil parti pembangkang di Negerinya di Pantai Timur yang akhirnya kalah teruk... Pada masa ini keluarga hanya mampu menyaksikan Hyat terpaksa melalui segalanya seorang diri tanpa seorang suami sebagai penyokong di saat diri amat memerlukan... malah sesen pun tidak dicampakkan kepada Ibu Bapa yang terpaksa menyara Hyat dan bayinya sepanjang tempoh berpantang tersebut... malah susu untuk anak tersebut juga terpaksa dibelikan oleh datuknya.. Sudah pasti Afaiza boleh berlepas tangan kerana semua keperluan boleh ditanggung oleh Ibu bapanya dan Ibu Bapa Hyat sendiri... tiada apa perlu dirisaukan... Afaiza hanya pulang ke Selatan untuk kenduri potong jambul anaknya (eluq). Namun pada hari majlis berlangsung keluarga terpaksa menjadi pemerhati kepada satu kejadian yang menyayat hati... Sewaktu Eluq sedang disiapkan untuk majlis tersebut... dia mula menangis... maka datanglah Afaiza cuba mengambil bayi tersebut dari tangan Hyat... dengan tidak semena-mena Eluq muntah ke atas pakaian Afaiza... Tanpa rasa belas Afaiza bukan cuba membersihkan atau memujuk anaknya tetapi dengan lagak angkuhnya berkata "padan muka" kepada bayi yang belum mengerti apa-apa itu... Terfana ahli keluarga yang menyaksikan kejadian tersebut... Inikah seorang ayah... Akhirnya majlis berlangsung dengan Afaiza hanya tidur di bilik dengan alasan kononnya demam... Semua ahli keluarga terpaksa berdiam diri bagi mengelakkan perkara menjadi lebih keruh... juga bimbang sekiranya ada yang campur tangan hyat dan anaknya akan menerima akibat yang lebih buruk.

Tuesday, December 23, 2008

hyat & afaiza 2

Selesai majlis di kedua belah pihak ... bermulalah kisah hidup suka... duka... sengsara... pasangan ini. Pelbagai kisah didengar dari pihak-pihak lain... namun keluarga sebelah perempuan hanya mendiamkan diri... memandangkan... hyat sendiri tidak pernah menceritakan masalah yang dialami... berterusan lah kisah mereka... dengan keluarga terus mendoakan yang terbaik untuk mereka... semoga masalah yang dihadapi dapat diatasi... dan semoga berlaku keajaiban... memberikan kebahagiaan buat mereka..

Namun... dalam pengharapan dan doa tersebut... keluarga dikejutkan dengan panggilan oleh hyat kepada kakak di Seremban meminta bantuan agar dia dibawa keluar dari rumahnya pada penghujung 2007 kira-kira beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut Hari Raya Haji... Rupa-rupanya ternyatalah segala cerita yang didengar selama ini... bahawa hyat menjadi mangsa panas baran dan hinaan suaminya sepanjang perkahwinan mereka yang baru setahun jagung itu... Dalam keadaan sarat mengandung anak pertama... kata-kata cerai sudah mula bermain di mulut si suami... malah rupa-rupanya keluarga hyat turut menjadi sasaran maki hamun setiap kali kemarahan beraja di hati afaiza. Kehadiran kakak dan abang di rumah hyat malam itu disambut dengan linangan air mata dan esakan... rupa-rupanya pagi itu mereka sepatutnya pulang ke Selatan untuk menyambut Hari Raya Haji... namun niat murni itu terbantut dek sikap panas baran afaiza sehingga melafazkan kata-kata sekiranya hyat keluar rumah talak akan jatuh... hanya kerana hyat membawa barang-barang untuk persediaan sekiranya bayi yang ditunggu lahir ketika meraikan Hari Raya Haji di Selatan...

Ketika kakak dan abang datang... afaiza tidak ada dirumah... hanya bapanya dan hyat sahaja ada dirumah ketika itu... kakak dan abang bertanya kepada bapa afaiza yang berada disitu tentang apa berlaku sebenarnya... namun penipuan diterima kononnya si bapa tidak tahu menahu kejadian tersebut... malah hubungan mereka sentiasa baik selama ini... malah pada waktu tersebut juga ibu afaiza yang berada di pantai timur terus-menerus menelefon hyat agar bersabar dan akan memujuk afaiza... mengenangkan kebaikan si bapa dan ibu... yang menyaranya sepanjang perkahwinan itu memandangkan afaiza tidak bekerja tetap... hyat... akur... pulanglah kakak dan abang... dengan doa yang terbaik akan berlaku...

bersambung....

KISAH KEHIDUPAN 1(hyat & afaiza)

Sebelum aku mulakan kisah kehidupan ini... aku nak mohon maaf sekiranya ade insan-insan di sekitar kehidupan aku nie ayng akan terasa... Bukan niat menjatuhkan maruah sesiapa... sekadar menjadikan perkara ini renungan buat semua... andainya... mereka yang terlibat terbaca dan terasa... jadikanlah ianya iktibar dan pedoman hidup di kemudian hari....

Kisah hyat & afaiza.

Pasangan ini bernikah sekitar Oktober 2006 di Sebuah Masjid di Kuala Lumpur. Walaupun hakikatnya.. kebiasaan pasangan menjadikan lokasi rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan... tetapi tidak bagi pasangan ini kerana pihak lelaki kononnya yang berasal dari Pantai Timur susah untuk ke rumah pihak perempuan di Selatan kerana terdapat keluarga pihak lelaki yang telah uzur ingin menyaksikan majlis tersebut... Tanpa rasa syak wasangka... pihak perempuan bersetuju... dan majlis pernikahan dijalankan di Ibu Negara bagi memudahkan keluarga pihak lelaki... Alhamdulillah majlis selamat dilangsungkan...

Setelah bernikah... majlis di pihak perempuan dilangsungkan sekitar awal Disember 2006... selesai majlis... bermulalah episod banjir di Selatan tanah air kita nie... Majlis di pihak Lelaki yang dilangsungkan 2 minggu selepas itu tidak dapat dihadiri oleh keluarga pihak perempuan kerana laluan ke Pantai Timur tidak dapat dilalui kerana banjir... Hanya abang dan kakak pihak perempuan yang menetap di Kuala Lumpur sahaja pergi mengiringi pengantin perempuan bertandang ke rumah pihak lelaki...

bersambung.....